Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat mula beroperasi pada 1 Disember 1993 menumpang bangunan Sekolah Kebangsaan Tuanku Abdul Halim , Jalan Stadium pada persekolahan sesi petang. Pada peringkat permulaannya pentadbiran diketuai oleh Penyelia Petang iaitu En. Zainol bin Ghani dengan tenaga pengajar seramai 13 orang. Jumlah murid hanya seramai 99 orang. Bilangan murid telah bertambah dari tahun ke tahun sejajar dengan pertumbuhan pesat kawasan perumahan dan kediaman di sekitar sekolah dan cadangan telah dibuat untuk mencari tapak sekolah yang baru. Bangunan Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat siap pembinaannya pada bulan Ogos 1994 di Lot Mukim 3556 Alor Malai , Alor Star. Dengan keluasan 3661 hektar. Guru Besar pertama Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat ialah Encik Osman Bashah bin Abdullah. Reka bentuk lencana sekolah diilhamkan oleh Puan Rohaya bt. Illamdin pada Disember 1993. Manakala bendera sekolah berwarna merah dan putih dihasilkan oleh En. Mohd. ...