TEKS KHUTBAH JUMAAT MASJID TAJUK : LARANGAN MENGADU DOMBA Sidang jumaat yang dihormati Allah, Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar bertakwa dan janganlah kamu mati melainkan di dalam Islam. Saya berpesan kepada diri sendiri dan juga kepada tuan-tuan supaya sentiasa bertakwa kepada Allah subhanahua ta’ala dengan menjunjung segala perintah dan menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang dilarang. Kerana sesungguhnya dengan takwa sahajalah seseorang itu mendapat kebahagiaan hidup di dunia mahu pun di akhirat. Sidang jumaat yang dihormati Allah, Tajuk khutbah kita pada hari mulia ini ialah’ Larangan Mengadu Domba’ . Ketahuilah, bahawa setiap muslim dan muslimat diwajibkan menjauhkan diri dari semua sebab yang menimbulkan kebencian dan perbalahan di antara sesama mereka. Terutama daripada orang yang selalu mengadu domba kerana boleh melumpuhkan kekuatan mereka. Disebutkan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat Huzaifah r.a. bahaw...