Posts

Showing posts from February, 2013

Rakaman Video Klip PBS

Image
21 Februari 2013 (Khamis) rakaman video klip Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah (BTPN). Video klip ini akan ditayangkan dalam Seminar PIBG di Dewan Al-Farabi BTPN Kedah pada 5 Mac 2013. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Rosnah (KPP BTPN), Encik Junaidi, Encik Noralam dan pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG. Sekalung penghargaan kepada Encik Mohd Mahzur (Penolong PPD PBS) yang turut sama hadir. Terima kasih juga kepada semua guru dan murid-murid yang bekerjasama menjayakan rakaman video ini. Semoga video klip mengenai pelaksanaan dan pembudayaan PBS di sekolah ini nanti akan dapat menerangkan dengan lebih jelas serta memberi pemahaman kepada para waris tentang PBS, yang merupakan agenda utama transformasi pendidikan Malaysia dan penambahbaikan kepada UPSR 2016.

SETARA Dancers: Lantai Cilik Zon Utara

Image
SETARA Dancers dalam Lantai Cilik Peringkat Zon Utara TV2.