Posts

Showing posts from May, 2013

Selamat menghadapi peperiksaan

Image
Selamat Menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 Mudah-mudahan Allah permudahkan Jangan buat begini.. Baca soalan dengan teliti dan jawab dengan tenang

Kem 1 Aspirasi Cemerlang UPSR

Image
Program Motivasi, Teknik Menjawab UPSR, Sahsiah dan Kokurikulum Tarikh : 17 dan 18 Mei 2013 Tempat : Pendang Lake Resorts Peserta : 177 orang murid Tahun 6 Masa Pendaftaran : 8.00 pagi (17 Mei 2013) Masa Pulang : 1.00 tengah hari (18 Mei 2013)

Sarana Ibu Bapa & Sarana Sekolah

Image
Sarana Ibu Bapa, Sekolah dilancar Februari 24, 2013 KUALA LUMPUR – Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah peringkat kebangsaan dilancar hari ini sebagai inisiatif untuk menyatukan setiap pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan masyarakat bagi melahirkan modal insan yang berkualiti global melalui sekolah. Klik di sini untuk muat turun bahan sarana ibu bapa dan sarana sekolah Terkandung di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Sarana Ibu bapa mengandungi empat elemen iaitu penyediaan suasana pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak dan sokongan terhadap kecemerlangan anak. Sarana Sekolah pula mempunyai enam elemen iaitu iklim sekolah, komunikasi berkesan, sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama, keputusan bersama, kerjasama dengan komuniti dan kumpulan sokongan ibu bapa. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dalam teks ucapannya pada majlis pelancaran sarana itu memi

Anugerah UPSR Terbaik 2012

Image
Tahniah kepada seluruh warga SK Taman Rakyat, pelajar dan ibu bapa atas anugerah UPSR Terbaik Negeri Kedah (GPS 1.75). Anugerah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Negeri Kedah 2013 di Dewan Al-Farabi BTPN pada 23 April 2013. Segala usaha anda untuk kecemerlangan ini amat dihargai. Semoga kita akan sentiasa beroleh kecemerlangan dan kejayaan pada masa akan datang. Amin.

Action Songs 2013

Tahniah atas kejayaan pasukan Action Songs SK Taman Rakyat atas kejayaan sebagai Johan Peringkat PKG Langgar dan tempat ketiga dalam Kanival Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Kota Setar. Cuba lagi dimasa akan datang.