Posts

Showing posts from November, 2012

Taklimat PBS 2012

Image
Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan 9 orang guru Tahun 1, 2 & 3 SK Taman Rakyat menghadiri Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada Sekolah Contoh PBS  di SMK Teluk Bayu, Sg Petani pada 28-29 November 2012, bagi mendapat gambaran yang lebih jelas tentang PBS daripada Pegawai-pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Keputusan UPSR 2012

Image
Alhamdulillah..keputusan UPSR telah selamat diumumkan oleh Puan Guru Besar pada 19 November 2012 jam 10.30 pagi. Tahniah seramai 38 orang daripada 176 orang calon berjaya mendapat 5A dengan peratus lulus menurun sebanyak 1% kepada 88.07% berbanding 89.26% pada tahun 2011. GPS keseluruhan meningkat kepada 1.75. Tahniah. ANALISA PENCAPAIAN UPSR 2007-2012 TAHUN 2007 2008 2009 2010 2011 2012 Keseluruhan 81.22 84.69 77.40 82.25 89.26 88.07 BM Pemahaman 97.80 100 94.35 96.20 98.80 98.20 BM Penulisan 90.61 94.90 92.66 92.50 98.20 98.20 Bahasa Inggeris 84.53 95.92 83.62 89.20 98.20 92.61 Matematik 91.71 88.78 87.01 93.00 91.70 96.02 Sains 91.71 86.73 87.57 90.30 92.90 92.61 GPS 1.85 1.80 1.93 1

LDP 1 Bestari Net VLE Frog & KSSR Tahun 3 2013

Image
Latihan Dalam Perkhidmatan 1 Bestari Net VLE Frog & KSSR Tahun 3 2013 telah diadakan pada 11.11.2012 (Ahad) bertempat di Bilik Wawasan jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Latihan disampaikan oleh guru-guru yang menghadiri kursus berkenaan. Latihan 1Bestari Net VLE Frog siri kedua akan diadakan pada 26.12.2012 (Rabu) jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di Makmal Komputer. Semua guru diwajibkan hadir.

Takwim Persekolahan 2013

Image
TAKWIM PERSEKOLAHAN 2013 BAGI NEGERI KUMPULAN A : KEDAH, KELANTAN DAN TERENGGANU

Cuti Akhir Tahun 2012

Image
Sekolah akan bercuti mulai 9 November 2012 (Jumaat) hingga 31 Disember 2012 (Isnin). Sesi persekolahan 2013 akan bermula pada 1 Januari 2013 (Selasa). Kepada anak-anak didik SETARA, semoga cuti sekolah ini dipenuhi dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Jaga keselamatan dan kesihatan diri. Ulangkaji pelajaran dan tidak lupa membantu ibu bapa di rumah. Budaya Buka Sekolah seperti pembelian buku latihan, agihan buku teks Tahun 1 dan Tahun 3,  Taklimat Waris & Pendaftaran Tahun 1     dan pendaftaran murid Tahun 2 hingga 6 serta Gotong-royong akan diadakan pada  30 Disember 2012 (Ahad). Kedai buku sekolah akan mulai dibuka pada  13 Disember 2012 (Khamis) Setiap hari kecuali Jumaat & Krismas Masa:09.00 pagi - 1.00 tengah hari            02.00 petang - 04.00 petang Selamat Bercuti.

Jamuan Akhir Tahun 2012

Image
Tarikh : 06.11.2012 (Selasa) Masa : 3.00 petang Tempat : Hotel Seri Malaysia, Alor Setar.