Cuti Akhir Tahun 2012


Sekolah akan bercuti mulai 9 November 2012 (Jumaat) hingga 31 Disember 2012 (Isnin). Sesi persekolahan 2013 akan bermula pada 1 Januari 2013 (Selasa). Kepada anak-anak didik SETARA, semoga cuti sekolah ini dipenuhi dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Jaga keselamatan dan kesihatan diri. Ulangkaji pelajaran dan tidak lupa membantu ibu bapa di rumah.

Budaya Buka Sekolah seperti pembelian buku latihan, agihan buku teks Tahun 1 dan Tahun 3, Taklimat Waris & Pendaftaran Tahun 1  dan pendaftaran murid Tahun 2 hingga 6 serta Gotong-royong akan diadakan pada 30 Disember 2012 (Ahad).

Kedai buku sekolah akan mulai dibuka pada 13 Disember 2012 (Khamis)
Setiap hari kecuali Jumaat & Krismas
Masa:09.00 pagi - 1.00 tengah hari
           02.00 petang - 04.00 petang

Selamat Bercuti.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Waktu Online (Tahun 1 Hingga 6)

WARGA PENDIDIK SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RAKYAT