Sejarah Sekolah



Sekolah Kebangsaan  Taman Rakyat  mula beroperasi pada 1 Disember 1993 menumpang bangunan Sekolah Kebangsaan Tuanku Abdul Halim , Jalan Stadium pada persekolahan sesi petang.

Pada peringkat permulaannya pentadbiran diketuai oleh Penyelia Petang iaitu En. Zainol bin Ghani dengan tenaga pengajar seramai 13 orang. Jumlah murid hanya seramai 99 orang. Bilangan murid telah bertambah dari tahun ke tahun sejajar dengan pertumbuhan pesat kawasan perumahan dan kediaman di sekitar sekolah dan cadangan telah dibuat untuk mencari tapak sekolah yang baru.

Bangunan Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat  siap pembinaannya pada bulan Ogos 1994 di Lot Mukim 3556  Alor Malai , Alor Star. Dengan keluasan 3661 hektar.

Guru Besar pertama Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat ialah Encik Osman  Bashah bin Abdullah. Reka bentuk lencana sekolah diilhamkan oleh Puan Rohaya bt. Illamdin pada Disember 1993. Manakala bendera sekolah berwarna merah dan putih dihasilkan oleh En. Mohd. Hussin bin Arshad.

Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat di peringkat awalnya mengandungi  3 blok bangunan tiga tingkat iaitu Blok A, Blok B dan Blok C yang mengandungi bilik-bilik khas, bilik darjah dan pejabat. Bangunan sekolah juga dilengkapi dengan kantin berasingan.

Permintaan untuk kemasukan murid ke SK Taman Rakyat terus meningkat dan pada akhir tahun 2002 Blok D (empat tingkat) siap pembinaannya dan mula diguna pada awal Januari 2003. Makmal ICT siap pembinaannya pada 29 Julai 2002 dan mula beroperasi pada 05 September 2002.

Kini SK Taman Rakyat mempunyai pelajar lebih kurang 1016 orang  (01/02/2012) dengan bilangan guru seramai 66 orang. SKTR sekarang berimej baru, ceria, bersih dan kondusif  dan di setiap sudut di dalam kelas juga luar kelas digunakan secara praktikal demi melahirkan pelajar berinformasi bagi menjana minda menerima ilmu.

Hasil pengurusan dan pembangunan terancang SKTR telah menerima anugerah:
  1. Sekolah Sejahtera oleh Jabatan Kesihatan Kedah sempena Pelancaran Kempen Hari Kesihatan Dunia Tahun 2003
  2. Sekolah Lima Bintang Jabatan Pelajaran Kedah 2004 
  3. Naib Johan Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan 2004 
  4. Anugerah Perdana Lima Bintang Jabatan Pelajaran Kedah 2005
  5. Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran 2005
  6. Sekolah Cemerlang Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2007

Comments

Popular posts from this blog

WARGA PENDIDIK SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RAKYAT

Pentadbir Sekolah

Video Korporat Sekolah-sekolah Terpilih