PROGRAM NUR PAGI

Program Nur Pagi - Surau Nurul Iman


PENGENALAN

Program Nur Pagi merupakan program yang disusun atur untuk pelajar tahap satu dan tahap dua bagi tahun 2016. Program ini diharapkan akan memberikan kesan yang positif dikalangan pelajar. Program ini akan mendekatkan para pelajar dengan Al Quran dan secara tidak langsung akan menerapkan rasa cinta mereka kepada Al Quran, bertepatan dengan langkah Kementerian Pendidikan Malaysia ingin memastikan para pelajar akan khatam Al Quran sebelum masuk ke tingkatan satu. Program ini juga akan memastikan pelajar tahap satu akan membaca Juzuk Amma manakala pelajar tahap dua akan membaca Surah Yaasin. Oleh yang demikian harapan yang tinggi ini akan membuahkan hasil yang baik untuk membentuk generasi mendatang seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

OBJEKTIF

1~ Untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani seterusnya
     mencintai al quran.
2~  Memberi kesedaran bahawa al quran sebagai panduan dan rujukan dalam kehidupan.
3~ Menjadikan amalan membaca al quran budaya dalam kehidupan.
4~ Memastikan pelajar tahap satu boleh membaca dengan lancar dan menghafal surah dari juzuk amma atau sebahagian daripadanya sebelum masuk ke tahap dua.
5~ Memastikan pelajar tahap dua boleh membaca dengan lancar dan menghafal surah yaasin atau sebahagian daripadanya sebelum memasuki tingkatan satu. 

ANJURAN

Panitia Pendidikan Islam SK Taman Rakyat

BUTIRAN PROGRAM


Tarikh:             Isnin & Khamis
Masa :                         7.15 Pagi - 7.40 Pagi
Tempat :          Tahap 1           - Dewan Terbuka
Tahap 2 – Surau Nurul Iman



PENGISIAN PROGRAM

Tahap Satu
-          Zikir Munajat
-          Nasyid Nama- Nama Rasul
-          Nasyid Makna Surah Al Fatihah
-          Nasyid Bulan- bulan Islam
-          Bacaan 5 Surah Dari Juzuk Amma
-          Doa Selepas Membaca Al Quran
-          Doa Kedua Ibu Bapa
-          Doa Solat Sunat Dhuha
-          Doa Belajar

Tahap Dua
-          Zikir Munajat
-          Selawat Atas Nabi
-          Bacaan Surah Yaasin
-          Bacaan 5 Surah Juzuk Amma
-          Bacaan Doa Yaasin
-          Bacaan Doa Ibu Bapa
-          Tazkirah / Pesanan Ringkas
-          Nasyid Asmaul Husna


 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi :                  En. Ahmad Zubir Bin Tajuddin
Timb. Pengerusi :        Pn. Zahanim Bt. Mohd Isa
Timb. Pengerusi :        En Mukhairil Azni Bin Marzuan
Timb. Pengerusi :        En. Zulkifli Bin Hassan
Setiausaha :                 En. Mohd Fitri Bin Osman
Bendahari :                 Pn. Fitriah Bt. Mustafa

Ahli Jawatankuasa

                                    En. Amir Hamzah Bin Zakaria
En. Zainuddin B. Jusoh
En. Mohd Muaz Bin Yaacob
Pn. Syakirah Bt. Abdul Aziz
Pn. Nora Ishah Bt. Ibrahim
Pn. Marina Bt. Mat Zain
Pn. Kamazizah Bt. Yahaya
Pn. Fatimah Bt Hassan
Pn. Sahillas Saiidah Bt. Ismail
Pn. Siti Nor Adhilah Bt. Zakaria
Pn. Norzanaida Bt. Zakaria
Pn. Wan Hasnah Bt. Wan Jusoh
Pn. Azhimiyah bt. Osman






Comments

Popular posts from this blog

WARGA PENDIDIK SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RAKYAT

Pentadbir Sekolah

Video Korporat Sekolah-sekolah Terpilih