Makluman Cuti Akhir Tahun 2010 dan Hari Persekolahan 2011


Adalah dimaklumkan bahawa :
  1. Sekolah akan mengambil Cuti Peristiwa pada 16.11.2010 (Selasa) sempena Hari Raya Aidil Adha.
  2. Cuti Akhir Tahun akan bermula pada 17.11.2010 (Rabu).
  3. Sekolah akan dibuka semula bagi Sesi Persekolahan 2011 pada hari Ahad 2.1.2011.
  4. Kedai Buku Sekolah akan beroperasi mulai 19.12.2010 (Ahad) pada jam 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari. Senarai buku tulis, buku kerja dan alat tulis boleh didapati pada tarikh berkenaan. 
  5. Senarai bayaran tambahan bagi tahun 2011 boleh didapati di pejabat sekolah mulai 19.12.2010 (Ahad) pada jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari.
  6. Pendaftaran Murid Prasekolah dan Tahun 1 bagi Sesi Persekolahan Tahun 2011 pada 30.12.2010 (Khamis) jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi bertempat di Dewan SK Taman Rakyat. Murid-murid Tahun 1 diminta berpakaian seragam sekolah pada hari berkenaan.
  7. Pendaftaran Murid Tahun 2 hingga Tahun 6 bagi Sesi Persekolahan 2011 pada 30.12.2010 (Khamis) jam 8.30 pagi bertempat di bilik darjah masing-masing. Murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 diminta mengadakan gotong-royong bersama waris membersihkan bilik darjah masing-masing. Pinjaman Buku teks (SPBT) akan diagihkan pada hari berkenaan.
Selamat bercuti.

Comments

Popular posts from this blog

WARGA PENDIDIK SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RAKYAT

Pentadbir Sekolah

Video Korporat Sekolah-sekolah Terpilih