Kursus Net Support School MBMMBI

11 Mac 2012 (Ahad) - Alhamdulillah, menyahut seruan pelaksanaan dasar MBMMBI SK Taman Rakyat telah mengorak langkah memberi latihan kepada seramai 20 orang guru BM dan BI dalam mengendalikan Net Support School di makmal bahasa sekolah.


Kursus dijalankan dari jam 800 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Makmal Komputer, BTPN Kedah. Dalam kursus ini para peserta didedahkan dengan penggunaan Tutor Console, Net Support School Test Designer dan CD perisian MBMMBI.


Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak BTPN Kedah yang telah menyediakan tempat dan penceramah Puan Aziyanti dari Syarikat Thames Tech. bagi menjayakan kursus ini. Semoga kemahiran yang dijana dalam kursus ini dapat dimanafaatkan oleh semua guru di sekolah nanti.















Comments

Popular posts from this blog

WARGA PENDIDIK SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RAKYAT

Pentadbir Sekolah

Video Korporat Sekolah-sekolah Terpilih